Link your URL Blog Here

KETENANGAN JIWA




Ketenangan jiwa ialah terhindar dari gangguan dan penyakit kejiwaan. Dalam istilah lain pula ialah kemampuan seseorang menyesuaikan diri dalam menghadapi setiap masalah dan kegoncangan dalam kehidupan.

Kesihatan jiwa atau mental itu juga merupakan kemampuan terhadap diri individu dalam merasakan setiap kebahagiaan, kekuatan diri dan memahami akan erti harga diri.
Jika seseorang dalam keadaan terganggu jiwanya, selalunya akan berpengaruh terhadap perasaan,fikiran, kelakuan, dan kesihatan fizikal. Perasaannya akan merasa cemas, takut, iri, dengki, sedih tanpa alasan, perasaan tertekan dan lain-lain.

Jika jiwa seseorang terganggu, kemampuan berfikir menjadi berkurang, tidak dapat memusatkan perhatian serta tidak dapat meneruskan usaha yang telah direncanakan. Gangguan jiwa juga dapat menyebabkan terjejasnya kesihatan fizikal serta dapat menimbulkan pelbagai penyakit.

Jelaslah bahawa ketenangan jiwa itu ialah terhindarnya dari berbagai penyakit kejiwaan, mampu menyesuaikan diri dengan berbagai keadaan, sanggup menghadapi setiap masalah. Serta merasakan diri sendiri itu sangat berguna dan berharga sekaligus dapat menggunakan potensi yang ada dalam diri sendiri dengan sebaik-baiknya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Home | About Me | My Facebook | My Friendster | Dashboard

Copyright © 2009 SALAH AL DIN |Designed by Templatemo |Modified by DEAN