Link your URL Blog Here

Berbagai Jenis Nafsu Insani



Nafsu insani yang tidak terkawal, adalah sebagai penghalang seseorang untuk mencapai ketenangan dalam menghadap Allah SWT. Hidayah Allah tidak akan masuk dalam sanubarinya seandainya ia belum mampu mengendalikan hawa nafsunya. Pada asasnya manusia dibahagi kepada dua golongan, iaitu golongan yang dikalahkan nafsunya sehingga tingkah lakunya dikendalikan nafsu dan golongan yang mampu mengendalikan nafsunya, sehingga nafsu itu tunduk dengan perintahnya.

1. Nafsu Muthmainnah
-Nafsu yang tenang bersama Allah, tenteram ketika mengingatnya, selalu merindukan Allah, selalu merindukan Allah dan senang sentiasa dekat dengan-Nya. Jiwa yang muthmainnah iaitu jiwa yang berhijrah dari segala sesuatu yang dibenci atau yang dilarang oleh Allah SWT menuju kepada perbuatan yang diredhaiNya. Umpamanya dari sikap ragu-ragu kepada memperolehi keyakinan. Daripada bodoh kepada berilmu pengetahuan, dari lalai kepada ingat kepada Allah. Begitulah seterusnya daripada keburukan menuju kepada yang lebih baik dan mendapat bimbingan Allah.

2.Nafsu Lawwamah
-Nafsu yang tidak pernah stabil atas satu keadaan. Ia selalu berubah, baik dalam bentuk pendirian ataupun tingkah laku. Ia berada di antara ingat dan lalai, antara redha dan marah, antara cinta dan benci dan lain-lain. Lawwamah dibezakan kepada 2 jenis, Lawwamah yang tercela dan Lawwamah yang terpuji. Lawwamah yang tercela iaitu nafsu yang bodoh dan zalim. Lawwamah terpuji iaitu nafsu yang sentiasa berfungsi sebagai peneliti atas setiap tindakan seseorang.

3.Nafsu Ammarah
-Nafsu yang tercela, sebab ia selalu mengajak kepada kezaliman. Tidak seorangpun yang terlepas daripada nafsu ini, kecuali orang yang memperolehi pertolongan Allah SWT.

Sebenarnya nafsu itu hanya satu, tetapi ia dapat bersifat ammarah, bersifat lawwamah dan terakhir dapat meningkat kepada muthmainnah. Muthmainnah inilah merupakan puncak kesempurnaan dan kebaikan nafsu insani. Kerana nafsu muthmainnah selalu berteman dan berada disisi malaikat. Sentiasa berusaha untuk mengabdi kepada Allah SWT.
Sedangkan nafsu ammarah, selalu berdampingan dengan syaitan. Menggoda dan mempengaruhi manusia dengan janji-janji palsu, mengajar manusia mengerjakankebatilan dan kemaksiatan. Nafsu ammarah merupakan nafsu yang menjadi penghalang bagi nafsu muthmainnah untuk mencapai tingkat kesempurnaan.Begitulah seterusnya bahawa dalam kehidupan kita ada dua nafsu yang selalu berlawanan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Home | About Me | My Facebook | My Friendster | Dashboard

Copyright © 2009 SALAH AL DIN |Designed by Templatemo |Modified by DEAN