Link your URL Blog Here
1st time kena tag
diri anda (tak kisah ler benda tu fakta keangan-angan
ker cita-cita ker imaginasi ker tentang ‘body’
ker awek, pakwe, makwe etc.)
1.Nama sye = Mohammad Salahuddin
2.Tempat Lahir = Johor Bahru
3.Lahir pd bln 5 thn 1991 (dh 19 thn da)
4.ada 6 org adik beradik(sye yg ke 2)
6.tinggi lbh kurang 170,berat dkat2 60 la...boleh tahan tp xla gmok
7.single lg, lum kawin
8.blaja kt klj legenda, amik kos Arkitek (HND)
9.dlu nk jd pilot tp x ksampaian...sedihnyer
10.minat tgk bola,movie dan ape2 yg menyeronokkan
11.wrestling pon mnat jugak (fanatik....)
12.x bsrkan bdn mcm john cena (never give up) hehehe
13.slalu jgk layan tenet lg2 fb,ym
14.ske jln2,sorg2 pon xpe yg pnting dpt jln
15.dlu pendiam, skrg blh thn byk ckp
16.x ske org gado2 dan cari gado ni....
17.bab mkn sye xkisah, semua sumbat yg pnting halal dan bersih
18.xske kalo tdo ngan org kuat dengkur
19.ske dgr lgu2 yg tnang, xminat bnda yg terkinje kinje
20.skali skala ske kaco aweks (xde keje ktekan)
22.kalo leh nk cari awek luar negara especially Korea
23.idam nk jadi jutawan mcm bill gates (x mustahil)
(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
Saya sbnrnya xtau nk tag sape. Mmbr2 semua dah kena tag.
(c) Kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan
“TAG-TAGGED-TAGGING” ni :)
Ntah ler...first time buat
Lukisanku.......
Salam kwn2, sorry sbb skrg jarang sye jengah blog ni, xtau ape yg nk di'update'kan,xde idea,hehehe. Ape pon sye akan sentiasa tgk blog ni. Ape yg nk tulis kali ni psl lukisan yg kena sye buat ni. Sye amik kos Arkitek kt Klj Legenda. Skrg sye dah sem 3, utk sem ni sye kena amik subjek ni la. Nmenya Architecture Drafting. Lukisan ni baru permulaan sbb lps ni ada lg lukisan yg mencabar, yg pnting berusaha dan cuba wat yg terbaek. Biase la kalo bab2 lukisan mmg kpala bersrabut skit.Wat skrg ok lg, xde msalah sgt cuma kdg2 ske tangguh,kalo xtau pinjam mmbr pnye jer. Kalo tgh wat wat drawing nih semua brg bersepah keluarkan dari beg sbb byk nk pkai.Skit wat, lpk jap kdg2 smpai tertdo,so lukisan terbiar gtu jela.
Tazkirah Kali Ini
Assalamualaikum kawan2. Tazkirah yang saya ingin tulis pada kali ini sedikit sebanyak dapat dikongsi dan dihayati oleh sesiapa yang singgah di blog saya. Tazkirah kali ni tak banyak tapi cukup untuk jadikan panduan hidup. Selamat beramal.
1)Petunjuk kepada jalan iman begitu terang untuk hati yang mulia dan berserta sifat pemurah serta penyayang sesama makhluk.
2)Buta hati adalah buta yang paling keji di dalam perjalanan menuju iman. Punca buta hati itu kerana sifat bakhil, dengki, berdendam dan khianat sesama makhluk.
3)Pebanyakkan zikir LAILAHAILLALLAH, bertasbih dan solat hajat untuk meminta kebaikan/terusan amalan(elok membaca surah Fatehah dan Al-Kafirun).
4)Perbanyakkan memohon doa dan keampunan untuk ibubapa juga memohon keampunan dari mereka.
5)Tuntutlah kejayaan akhirat dengan penuh taqwa kerana kejayaan itu mempunyai 4 perkara iaitu kekekalan, kekayaan, kehormatan dan ilmuan.
Ilmu

Ilmu merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.
Biasanya, ilmu adalah hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai "ilmu mengenai ilmu", yakni epistemologi.Dalam hal ini, kajian mengenai ilmu lebih dikenali sebagai sains maklumat dalam dunia kepustakawanan.
Berbagai Jenis Nafsu Insani

Nafsu insani yang tidak terkawal, adalah sebagai penghalang seseorang untuk mencapai ketenangan dalam menghadap Allah SWT. Hidayah Allah tidak akan masuk dalam sanubarinya seandainya ia belum mampu mengendalikan hawa nafsunya. Pada asasnya manusia dibahagi kepada dua golongan, iaitu golongan yang dikalahkan nafsunya sehingga tingkah lakunya dikendalikan nafsu dan golongan yang mampu mengendalikan nafsunya, sehingga nafsu itu tunduk dengan perintahnya.

