Link your URL Blog Here

TAHNIAH MALAYSIA !!!!!!





Salam rakan2 semua, alhamdulillah Allah masih memberikan sye kesihatan utk terus menjalani kehidupan ini. Kali ni nk cite skit psl piala Aff Suzuki nih. Biase la piala ni belum lg pasukan negara memenanginya. Malaysia pernah layak ke final pd thn 1996 yg juga edisi pertama namun tumpas di tgn Thailand dan pd wkt itu dikenali sbg piala Tiger. Tetapi pd kali ni Pasukan negara layak ke final wat kali ke 2 pd berharap agar dpt bawa pulang trofi berprestij itu. Bagi Indonesia, mereka tidak pernah memenanginya walaupun sebelum ini sudah 3 kali layak ke final namun tewas ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Pd final pertama semalam, 26 Disember 2010, pasukan Malaysia bimbingan K Rajagobal berjaya menumbangkan Indonesia 3-0. Hasil gol disumbangkan oleh Safee Sali pd minit ke 61 dan 73 manakala Ashari Samsudin pd minit ke 68. Perlawanan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sye memuji rentak permainan skuad negara yg byk melakukan perubahan, tahniah. Tp harus diingat pd final kedua yg akan dilangsungkan di Jakarta, pasukan negara perlu berhati2 kerana Indonesia lebih bersemangat beraksi di tmpt sendiri dan oleh itu jgn terlalu berpuas hati dgn keputusan yg ada kerana ada lg 90 minit perlu dilalui Malaysia utk meraih kejuaraan sulung ini.

Kemenangan ini merupakan bekalan selesa selepas ini ketika bertandang ke Jakarta. Mudah2 kekalahan memalukan pd peringkat kumpulan tidak berulang lg. Apapun tahniah skali lg buat pasukan negara. Hrp2 teruskan rentak ini pd masa2 akan dtg dan sentiasa meningkatkan mutu permainan. Teringin nk tgk piala ini dibawa pulang ke Malaysia buat kali pertama dan x mustahil dpt melakukannya. Malaysia Boleh!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Home | About Me | My Facebook | My Friendster | Dashboard

Copyright © 2009 SALAH AL DIN |Designed by Templatemo |Modified by DEAN